Unit Kawalan Infeksi

UNIT KAWALAN INFEKSI

HOSPITAL LANGKAWI

 

PENGENALAN

 

Unit Kawalan Infeksi Hospital Langkawi mula diwujudkan pada pada 01/07/2002. Ia bertujuan untuk mengawal dan mencegah infeksi di Hospital.

 

LOKASI

 

Unit Kawalan Infeksi Hospital Langkawi terletak di blok Unit Patologi.

 

OBJEKTIF UMUM

 

1.    Mengawal dan mencegah jangkitan

2.    Mengurangkan pertumbuhan microorganism yang rintang terhadap antibiotic

3.    Mengelakkan pesakit tinggal lama di Hospital

4.    Mempastikan persekitaran yang bersih, selamat dan sihat.

 

VISI

 

Persekitaran hospital adalah selamat dan bebas dari jangkitan nosocomial.

 

MISI

 

Mengawal jangkitan dan mengambil langkah-langkah supaya pesakit dan kakitangan sentiasa berada dalam suasana yang sihat dan selamat.

 

SKOP PERKHIDMATAN

 

APAKAH JANGKITAN NOSOCOMIAL (’HOSPITAL ACQUIRED INFECTION’)

 

Adalah jangkitan baru yang didapati oleh pesakit didalam hospital iaitu selepas 48 jam kemasukkan ke wad , selepas pesakit pulang dan kemasukan semula kewad dalam masa 2 minggu dan jangkitan luka bedah yang bersih dalam masa 1 bulan selepas tarikh pembedahan.

  

TUGAS-TUGAS MERANGKUMI YANG BERIKUT:-

 

1.    Pentadbiran

2.    Amalan Klinikal

3.    Surveilans

4.    Aktiviti QA dan Penyelidikan

  

PENTADBIRAN

 

1.    Sebagai pengawal rujukan

2.    Menghadiri mesyuarat Kawalan Infeksi dan yang berkaitan denganya

3.    Merancang dan mengendalikan program CNE

4.    Menyelaras dan berbincang bersama persatuan Kawalan Infeksi Hospital dan ‚Link Nurse’

5.    menyelanggarakan dan mengemaskini rekod surveilans

 

AMALAN KLINIKAL

 

Ø      Menyelia kebersihan peralatan

Ø      Menjaga peralatan steril

Ø      Menyelia pembuangan sisa klinikal

Ø      Menyelia pembuangan peralatan tajam di dalam ’sharp bin’

Ø      Menyelia serta memberi bimbingan berkaitan prosedur aseptik dan pengasingan (isolation)

Ø      Terlibat dalam menjalankan program orientasi

Ø      Penyiasatan wabak penyakit

Ø      Menerima laporan insiden ‘Needle Stick Injury’

Ø      Membuat audit berkenaan ‘Standard Precaution’

Ø      Membuat audit kebersihan tangan

Ø      Menyelia kebersihan persekitaran wad dan unit

Ø      Menjalankan aktiviti surveilans

Ø      Membuat laporan jangkitan nosocomial

Ø      berkerjasama dengan ‘Infection Control Link Nurse’

Ø      memantau dengan rapi kes-kes MRSA/ESBL/MRO

Ø      Memantau kes penyakit berjangkit

 

 

AKTIVITI QA DAN PENYELIDIKAN

 

Terlibat dalam penyelidikan / kajian berkaitan kawalan jangkitan

 

 

Hasrat Kerajaan / KKM

 

"Selain menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan yang terbaik, kerajaan amat berharap anggota sektor awam akan lebih menekankan aspek perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah kepada perkhidmatan termasuk mengurangkan kerenah birokrasi:-

 

“Sentiasa mesra,Telus, Responsif, Kreatif,

dan

Mementingkan pelanggan”

 

 

Alamat Surat Menyurat:

 

Unit Kawalan Infeksi

Hospital Langkawi,

Bukit Tekoh,

Jln. Padang Mat Sirat

 07000 Langkawi,

KEDAH DARUL AMAN.

 

Telefon : 49663333.  ext: Kawalan Infeksi

 

eMail : Jururawat y/m zany_if@yahoo.com 

 



This article comes from Laman Web Rasmi Hospital Langkawi Bandaraya Pelancongan
http://hlangkawi.moh.gov.my/v2

The URL for this story is:
http://hlangkawi.moh.gov.my/v2/modules/xt_conteudo/index.php?id=60