Unit Haemodialysis

UNIT

HEMODIALISIS

 

PENGENALAN

 

Unit Hemodialisis Hospital Langkawi merupakan pusat rawatan Hemodialisis yang

pertama beroperasi diatas Pulau pelancungan ini. Memberi rawatan kepada pesakit disekitar

Pulau Langkawi dan juga memberi kemudahan kepada Pesakit Tumpang / Pelancung.

yang datang melawat ke Pulau Langkawi.

 

Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Support Service ( HSS ) , dengan keluasan

3,570 meter persegi . Ia merupakan satu Unit baru yang telah diubah suai dan siap

digunakan pada tahun 2002. Jumlah kapasiti mesin yang boleh di isi adalah melebehi

10 buah dan selepas 5 tahun beroperasi keadaan agak sesak serta kurang selesa.

Ini disebabkan pertambahan bilangan pesakit dan mesin.

 

OBJEKTIF

 

Ø      Memberi perkhidmatan rawatan buah pinggang kepada pesakit-pesakit di sekitar Pulau Langkawi mengikut syarat-syarat yang ditentukan.

 

Ø      Memberi perkhidmatan rawatan Hemodialisis kepada pesakit-pesakit yang dirujuk oleh  Unit Dialysis lain atau pusat rawatan swasta.

 

Ø      Memberi rawatan Hemodialisis serta melakukan “Pre Renal Transplan Preparation”        sebagai langkah awal untuk persediaan Pembedahan Pemindahan Buah Pinggang yang  dilakukan di Hospital Kuala Lumpur.

 

Ø      Memberi perkhidmatan rawatan “Acute Haemodialisis” kepada ke-kes kecemasan.

 

 

SKOP PERKHIDMATAN

 

 

 

Ø      Pesakit regular dialysis yang berjadual / yang telah didaftarkan.

 

Ø      Menjalankan dialysis kepada pesakit dalam (wad ).

 

Ø      Pesakit Tumpang dari Unit Dialisis lain atau pelancung.

   

POLISI PENGAMBILAN PESAKIT

 

Ø      Pengambilan masuk kes-kes kegagalan buah pinggang hendaklah terlebih dahulu  dirujuk oleh Pakar Perubatan/ Nefrologi/ Pegawai Perubatan dari Unit Nefro.

               

Ø      Pesakit-pesakit yang tinggal di kawasan Pulau Langkawi sahaja yang diberi untuk menjalani rawatan tetap Hemodialisis.

               

Ø      Pesakit-pesakit kakitangan kerajaan di bawah Perintah Am ( Bab F ), sekiranya kekosongan.

               

Ø      Pesakit-pesakit yang telah menjalani, Pembedahan Buah Pinggang tetapi gagal        .         berfungsi.

 

Ø      Pesakit-pesakit yang kurang upaya untuk melakukan sendiri semasa “Pre Dialisisdikehendaki mengadakan seorang pembantu.               

   

 

DASAR OPERASI

 

Ø      Permohonan untuk rawatan Hemodialisis hanya boleh dijalankan pada waktu bekerja           biasa dan hari Jumaat adalah hari rehat.

               

Ø      Pemilihan pesakit untuk rawatan adalah melalui senarai daftar pesakit yang akan   

ditentukan olih jawatankuasa pemilihan yang diketuai oleh Pengarah Hospital / Pegawai

Perubatan Y/M / Pengurus Hemodialisis.

 

Ø      Sebelum pesakit diterima masuk untuk rawatan Hemodialisis mereka dikehendaki 

menjalani pemeriksaan darah seperti Hbs Ag , HIV dan HCV.

 

Ø      Syif pertama adalah pada jam 7 pagi hingga 12 tengah hari. Syif kedua 12.00                 tengah hari hingga 4.30 petang dan shif ketiga 4.30 petang hingga 9 malam.

 

Ø      Setiap kali pesakit mendapat rawatan akan direkodkan ke dalam Buku Rekod Harian pesakit.

 

Ø      Pemeriksaan keatas “ vital signs “ akan dilakukan sekurang-kurangnya 2 jam sekali ,       

semasa rawatan dialysis dijalankan dan di rekodkan kedalam Buku Rekod Pesakit.

 

Ø      Jika berlaku kecemasan atau komplikasi teruk kepada pesakit , Pegawai Perubatan Pasukkan Perubatan dari Unit A & E akan di panggil.

    

Ø      Ujian makmal akan dibuat mengikut jangka masa atau protokol yang telah ditetapkan.

 

Ø      Ubat-ubat yang di pescribe olih Pakar Nefrology Pelawat atau Pegawai Perubatan akan 

dapat di ambil di kaunter Farmasi Hospital Langkawi.

  

Ø      Semua pesakit baru termasuk pembantu / waris akan diberi latihan untuk menjalankan Pre Dialisis dengan diselia olih anggota Unit Hemodialisis selama 3 bulan diantaranya ;

 

*      ‘ Priming ‘.

*      Cara mengambil vital sign dan timbang.

*      ‘ Cannulation ‘.

 

Ø      Selepas 3 bulan pesakit akan menjalani rawatan secara ‘ selfcare ‘ dengan dipantau olih anggota Unit ini.

 

Ø      Pencucian dialyser akan dilakukan olih Atenden Kesihatan mengikut protokol pencucian dialyser yang telah ditetapkan.

                                                                                                      

Ø      Pengasingan pesakit dilakukan mengikut status masing-masing seperti non infection,

bilik A , Hep B bilik B dan Hep C bilik C, disamping itu proses cucian juga dilakukan   dibilik masing-masing serts mesin dialysis dan reprocessor disinfek selepas tamat rawatan.

 

 

Ø      Pesakit akan menjalani rawatan dialysis selama 4 jam sekali dialysis dan 3 seminggu tetapi rawatan ini bolih ditambah atau dikurangkan masanya arahan pegawai yang bertugas bagi kes-kes yang bermasaalah.

 

Ø      Caj rawatan pesakit adalah mengikut Akta Fee Perubatan 1982.

 

Ø      Permintaan pertukaran masa rawatan olih pesakit mestilah diberitahu sekurang- kurang nya satu hari dari tarikh rawatan dan dipersetujui oleh anggota bertugas.

 

Ø      Anggota Unit Hemodialisis / pesakit / waris hendaklah mengamalkan cara-cara ‘Universal Precaution ‘ sebelum , semasa dan selepas rawatan.

 

Ø      Bagi ‘Pesakit Tumpang’ tarikh dan masa rawatan tertakluk kepada kekosongan    tempat.

 

Ø      Pendidikan tentang kebersihan , pemakanan dan penjagaan kesihatan yang betul              akan diberi kepada pesakit / waris  dari masa kesemasa.

 

Ø      Pengurus Unit adalah bertanggung jawab dalam pengendalian unit termasuk          pentadbiran, perancangan, penyediaan program rawatan, penyediaan bajet,  kawalan penyeliaan, penilaian, tatatertib, nasihat, penyediaan retan, bulanan ,  dan tahunan serta latihan.

 

Ø      Pengurus Unit / Pembantu Perubatan / Jururawat Terlatih akan mengatur pesakit   yang akan di ‘review ‘ oleh Pakar Nefrologi Pelawat.

 

Ø      Pengurus Unit akan memastikan asset dan iventori direkodkan serta dijaga betul sepanjang masa dan memastikan peralatan diservice mengikut jadual. kerosakan alat/ mesin akan dilapurkan dan diserahkan kepada ‘HSS’ untuk dengan kadar segera.

                   

Ø      Pengurus Unit akan memastikan jadual indent ubat-ubatan / barang pakai buang/   peralatan untuk keperluan dialisis dari masa kemasa.

 

Ø      Kebersihan unit dijalankan olih ‘HSS’.

 

VISI 

 

Kami bertekad untuk mengujudkan satu Unit yang selesa ,ceria dan terbaik menjalani rawatan hemodialisis.

 

MISI         

 

Kami berusaha untuk menyediakan rawatan yang terbaik dan terkini dengan menggunakan  technology yang canggih serta penyelidikan yang rapi , disamping pendidikan yang berterusan.

 

Kami berusaha untuk memenuhi keperluan perkhidmatan rawatan hemodialisis kepakaran professional.

 

Kami berusaha untuk menjadikan satu Unit yang mampu memberi rawatan untuk  kepuasan hati pelanggan.

 

Kami berusaha mengujudkan satu suasana yang harmoni di antara anggota pelanggan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ø      Kedatangan pakar Nefrology  adalah secara regular sepertimana ditahun lepas dan ditahun 2006. kita mendapati jumlah pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang meningkat bagitu ketara sekali. Walaupun ada perubahan masa kedatangan Nefrology pada saat akhir tetapi ia dapat  ditangani dengan baik. Rawatan dilakukan selama 2 hari di kelinik pakar sepertimana tertera di atas.

 

Hasrat Kerajaan / KKM

 

"Selain menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan yang terbaik, kerajaan amat berharap anggota sektor awam akan lebih menekankan aspek perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah kepada perkhidmatan termasuk mengurangkan kerenah birokrasi:-

 

“Sentiasa mesra,Telus, Responsif, Kreatif,

dan

Mementingkan pelanggan”

 

 

Alamat Surat Menyurat:

 

Unit Hemodialisis

Hospital Langkawi,

Bukit Tekoh,

Jln. Padang Mat Sirat

 07000 Langkawi,

KEDAH DARUL AMAN.

 

Telefon : +6049663333.  ext  (PPP Y/M)

Kaunter :

 

Email: PPP Y/M

 

How do you achieve such success? 

Success comes from confidence.

Confidence comes from experience.

Experience comes from practice.

Practice comes from commitment.

Commitment comes from vision.

 

 

 



This article comes from Laman Web Rasmi Hospital Langkawi Bandaraya Pelancongan
http://hlangkawi.moh.gov.my/v2

The URL for this story is:
http://hlangkawi.moh.gov.my/v2/modules/xt_conteudo/index.php?id=81