PERSIJILAN AKREDITASI MSQH

Hospital Langkawi telah mendapat Pensijilan penuh akreditasi untuk 3 tahun (14 Julai 2011 – 13 Julai 2014)

Hospital Rakan Bayi

Hospital Langkawi telah diiktiraf sebagai salah satu hospital Rakan Bayi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Selanjutnya

DERMALAH ORGAN

Bersamalah kita membantu mereka untuk menjalani sebuah kehidupan yang sempurna. Untuk maklumat lanjut berkenaan pendermaan organ sila klik dibawah

MOTTO KAMI

Penyayang , Bekerja Berpasukan dan Profesionalisma

Katakan TAK NAK pada rokok!

Ekspresikan diri anda, katakan TAK NAK pada rokok. Anda boleh mendapatkan khidmat kaunseling melalui Bengkel Berhenti Merokok Hospital Langkawi...

KEMPEN DERMA DARAH

Penderma darah yang ingin menderma darah boleh berbuat demikian di Unit Patologi, Hospital Langkawi.
 
Waktu Operasi Derma Darah
Ahad - Rabu  : 8:00 pagi - 5:00 petang
Khamis          : 8:00 pagi - 3:30 petang
( Rehat          : 1:00 tengahari - 2:00 petang )
Sabtu & Cuti Umum : TUTUP
 
Harap Maklum

 

PROGRAM HARI PEMAKANAN SIHAT

Pada 11 Julai 2012 yang lalu, Unit Dietetik dan Sajian, Hospital Langkawi telah menganjurkan satu Program Hari Pemakanan Sihat dengan tema 'Kawal Diabetes'. Program tersebut telah berlangsung dengan jayanya di lobi hospital.
 
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan untuk memberikan kefahaman yang jelas dan tepat tentang pemakanan untuk pesakit diabetes. Antaranya adalah :
 
i) Ceramah Pemakanan Sihat untuk Pesakit Diabetes oleh Puan Nor Irafadzlyna Binti Md. Jalil, Pegawai Dietetik Hospital Langkawi.
ii) Ceramah Amalan Pemakanan Sihat oleh Ms Lee Ling dari Nestle.
iii) Demo Masakan Sihat.
iv) Pengukuran Lemak Tubuh.
v) Pameran Poster dan contoh-contoh makanan yang perlu dielakkan, dikawal dan bebas dimakan.
vi) Pertandingan Teka Buah Kurma.
 
Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program tersebut.
 
Terima Kasih.

LAPORAN ADVERSE DRUG REACTION

ADR adalah tindakbalas kepada sesuatu produk yang berbahaya dan tidak diingini yang berlaku pada dos yang biasanya digunakan untuk profilaksis, diagnosis atau terapi pesakit.
 
Selain itu, ADR juga merujuk kepada keadaan berbahaya yang berlaku kepada pesakit seperti kekurangan keberkesanan dengan kontraseptif, vaksin dan produk yang digunakan dalam merawat penyakit yang mengancam nyawa.
 
Apa yang perlu dilaporkan?
Maklumat minimum yang diperlukan termasuk:-
• Nama ubat yang disyaki
• Reaksi yang berlaku
• Pesakit yang dikenal pasti
• Nama pegawai yang melaporkannya
 
Jika salah satu daripada maklumat ini tidak lengkap, laporan ADR ini tidak dapat diproses maka laporan mengenainya tidak akan dimasukkan ke dalam pangkalan data ADR.
 
Mengapa perlu lapor ADR?
Untuk mendapatkan tidak balas negatif terhadap ubat seawal mungkin, untuk mengukuhkan kekerapan dan tindakbalas ADR serta untuk mengekalkan data supaya maklumat dapat dikongsi bersama.
 
Carta Proses Melaporkan ADR
• Kenalpasti Adverse Drug Reaction
• Isi borang ADR
• Hantarkan borang ADR yang lengkap diisi ke Unit Farmasi (u/p : Pusat Maklumat Ubat / DIS )
 
Disediakan oleh : Pusat Maklumat Ubat (DIS), Unit Farmasi, 25th September 2011