Lawatan Pertama

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Lawatan Pertama Adalah :

  1. Dokumen pengenalan diri yang sah :
    • Kad Pengenalan
    • Dokumen perjalanan bagi warga asing
    • Surat akuan jabatan bagi anggota kerajaan
    • Surat akuan majikan bagi anggota swasta
  2. Warganegara asing yang dijamin suami/isteri yang berwarganegara Malaysia, dokumen yang diperlukan adalah :
    • Kad Pengenalan asal dan salinan
    • Pasport/Pengenalan diri warganegara asing (asal dan salinan)
    • Sijil Nikah/Surat Kahwin yang asal dan sekeping salinan yang disahkan dari pusat pengeluar
  3. Alamat perhubungan pesakit :
    • Alamat surat menyurat yang lengkap untuk penghantaran bil pesakit
    • Alamat waris terdekat sekiranya pesakit tidak mempunyai alamat tetap
    • Alamat majikan bagi pesakit warga asing
    • Nombor telefon sekiranya ada
  4. Surat rujukan daripada Pegawai Perubatan yang bertauliah