Lawatan Susulan

Pesakit boleh diberi lawatan susulan melalui dua (2) cara :

  1. Selepas lawatan pertama di Klinik Pakar, di mana rawatan dan pemerhatian lanjut diperlukan; dan
  2. Selepas didiscaj dari wad.

Dokumen yang diperlukan semasa lawatan susulan adalah :

  1. Dokumen pengenalan diri yang sah :
    • Kad Pengenalan
    • Dokumen perjalanan bagi warga asing
    • Surat akuan jabatan bagi anggota kerajaan
    • Surat akuan majikan bagi anggota swasta
    • Panduan Keperluan Untuk Kemasukan Ke Wad
  2. Warganegara asing yang dijamin suami/isteri yang berwarganegara Malaysia, dokumen yang diperlukan adalah :
    • Kad Pengenalan asal dan salinan
    • Pasport/Pengenalan diri warganegara asing (asal dan salinan)
    • Sijil Nikah/Surat Kahwin yang asal dan sekeping salinan yang disahkan dari pusat pengeluar
  3. Kad Temujanji bagi rawatan lanjutan