Panduan Pesakit Ketika Mendapat Rawatan Di Wad

Disertakan beberapa panduan kepada pesakit yang ditahan untuk rawatan di wad :

SEJARAH PERUBATAN

  1. Sila bawa segala jenis ubat-ubatan yang diambil semasa rawatan di rumah (diambil dari klinik swasta) untuk rujukan Pegawai Perubatan;
  2. Sila maklumkan kepada Pegawai Perubatan segala jenis alahan;
  3. Pastikan anda memberikan keterangan lengkap yang diperlukan oleh Pegawai Perubatan bagi memudahkan proses mengenalpasti jenis/punca penyakit anda.
  4. Pesakit kronik yang bergantung kepada pengambilan ubat-ubatan perlu membawa bersama ubat-ubatan berkenaan (Cth : Kencing Manis, Darah Tinggi).

KESELAMATAN

  1. Keselamatan barangan peribadi adalah di bawah tanggungjawab masing-masing. Pesakit dinasihatkan untuk tidak membawa barangan berharga ketika ditahan di wad;
  2. Pesakit dinasihatkan untuk tidak meninggalkan wad tanpa kebenaran Pegawai Perubatan bertugas bagi mengelakkan jangkitan;
  3. Jika terdapat sebarang perubahan kesihatan pada diri anda, maklumkan segera kepada Pegawai Perubatan yang bertugas.

PERKARA-PERKARA LAIN

  1. Sentiasa memakai pakaian khas pesakit di wad;
  2. Sentiasa mengikut arahan Pakar/Pegawai Perubatan;
  3. Hindarkan diri anda daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan penyakit anda semakin tenat.