Hak-Hak Pesakit dan Keluarga

Adalah dengan ini diperakui bahawa tuan/puan sebagai pesakit di Hospital ini berhak untuk:-

  • Mendapat perkhidmatan perubatan yang selamat tanpa mengira agama dan bangsa.
  • Mendapat perkhidmatan perubatan yang berpatutan dan menghormati hak asasi manusia.
  • Mengenali identiti doktor atau penjawat awam yang memberi perkhidmatan rawatan perubatan.
  • Mendapat perkhidmatan yang berterusan dan berpatutan serta mengetahui maklumat tentang penyakit yang dihidapi.
  • Turut serta dalam membuat keputusan mengenai kesihatan diri anda termasuk hak menolak cadangan perubatan, mendapat pandangan kedua, serta hak meninggalkan hospital walaupun bertentangan dengan nasihat perubatan.
  • Mengetahui maklumat peraturan hospital yang berkaitan dengan anda.
  • Menerima bil terperinci untuk semua bayaran rawatan (berdasarkan permintaan anda).
  • Memberi cadangan bagi menambahbaikan perkhidmatan hospital melalui peti cadangan yang disediakan.

Tanggungjawab anda semasa berada di Hospital:-

  • Memberi kerjasama semasa menerima rawatan dan nasihat doktor anda.
  • Menanggung risiko jika sekiranya anda memilih untuk tidak meneruskan rawatan.
  • Menepati temujanji anda, memberi maklumat yang tepat dan lengkap mengenai sejarah kesihatan, ubat-ubatan yang diambil serta sebarang perubatan kesihatan diri anda.
  • Memahami penyakit yang dihidapi serta rawatan dan penjagaan diri selepas keluar dari hospital serta memberitahu doktor sekiranya anda tidak faham tentang sebarang aspek penjagaan kesihatan.
  • Bagi kemasukan ke wad:-
    • Membawa barang keperluan peribadi dan pakaian yang perlu sahaja ke hospital.
  • Bagi kecemasan:-
    • Menyerahkan hak penjagaan barangan berharga kepada anggota keluarga / waris atau peti simpanan hospital.
  • Mematuhi peraturan hospital termasuk bertimbangrasa terhadap hak peribadi rakan pesakit, menghormati waktu dan peraturan melawat serta peraturan-peraturan hospital yang lain.
  • Mematuhi peraturan bahawa kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun, terutama bayi tidak dibenarkan melawat kecuali mendapat kebenaran dari pihak pengurusan wad. Ini kerana mereka mudah terdedah kepada jangkitan kuman disebabkan daya tahan badan yang rendah.
  • Mengetahui maklumat mengenai apa yang bakal ditempuhi sebelum, semasa dan selepas prosedur dijalankan serta sokongan yang akan diberikan untuk menghadapi situasi tersebut.
  • Penyertaan keluarga dalam membuat keputusan yang melibatkan rawatan perubatan anda serta penglibatan penjaga / waris secara berpatutan dalam memantau rawatan secara berterusan terhadap pesakit.

Tanggungjawab Pihak Hospital:-

  • Pihak hospital bertanggungjawab untuk melindungi pesakit daripada kecederaan yang berpunca langsung daripada pelawat, pesakit-pesakit lain atau kakitangan hospital sendiri.
  • Kanak-kanak, individu-individu cacat, warga tua atau mana-mana golongan yang berisiko patut mendapat perlindungan yang sewajarnya.
  • Pihak hospital hendaklah menghormati kehendak pesakit dan keluarga untuk menggunakan alat bantuan hayat.
  • Pihak hospital hendaklah menyokong hak pesakit untuk mendapat penghormatan dan rawatan sewajarnya di akhir hayatnya.

Hak-hak ini telah diperakui oleh Majlis Penasihat Perubatan Hospital Langkawi