Panduan Bayaran Bil

PANDUAN BAYARAN BIL

Unit Hasil Hospital Langkawi adalah unit yang bertanggungjawab menerima dan mengurus semua bayaran berkaitan dengan caj-caj yang dikenakan kepada pesakit dalam dan luar, mengikut peraturan yang ditetapkan dalam Perintah Am Bab F akta Fee 1951 (perubatan) 1982, Perintah Fee (Perubatan) (Pindaan 2003), Pekelilng-pekeliling Kewangan dan Arahan-Arahan Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua kutipan hasil ini dikendalikan bersama di kaunter utama Unit Hasil dan Kaunter Pendaftaran, Unit Kecemasan & Trauma, Hospital Langkawi

LOKASI

Unit Hasil terletak lobi utama Hospital Langkawi

WAKTU BAYARAN

Waktu Pejabat : Bayaran dibuat di kaunter Unit Hasil
Selepas Waktu Pejabat : Bayaran dibuat di Kaunter Pendaftaran Unit Kecemasan

HariWaktuTempat Pembayaran
Ahad - Rabu 8.00 pagi - 5.00 petang Unit Hasil
5.00 petang - 8.00 pagi Kaunter Pendaftaran, Unit Kecemasan & Trauma
Khamis 8.00 pagi - 3.30 petang Unit Hasil
3.30 petang - 8.00 pagi Kaunter Pendaftaran, Unit Kecemasan & Trauma
Jumaat dan Sabtu 24 jam Kaunter Pendaftaran, Unit Kecemasan & Trauma

Sekiranya anda ingin membuat pembayaran, sila:

  • Beritahu nama anda dan tarikh keluar wad.
  • Tunggu kepingan caj anda diperiksa dan dilengkapkan untuk dikeluarkan bil dan anda akan diberitahu jumlah caj yang dikenakan.
  • Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi Unit Hasil, Hospital Langkawi di talian 04-9663333 (samb 3247 / 3248).

SURAT PENGENALAN DAN AKUAN

Kakitangan Kerajaan, swasta atau pelajar yang mempunyai surat pengenalan dan akuan yang sah, perlulah mengemukakan surat tersebut sebelum meninggalkan hospital. Pekerja-pekerja estet dikehendaki mengemukakan surat jaminan daripada majikannya dalam tempoh 24 jam dari tarikh kemasukan. Kegagalan mengemukakannya akan dicaj / dikira sebagai orang awam.

*PERINGATAN

Mintalah bantuan saudara / waris rakan anda bagi mendapatkan surat jaminan seberapa segera semasa anda dimasukkan ke wad.