Pengecualian Caj

Pengecualian Caj Yang Diberikan Adalah Berdasarkan :

  • Pengecualian Di Bawah Perenggan 16(13) Perintah Fee (Perubatan) 1982 oleh Pihak Perbendaharaan
  • Surat Pekeliling Bahagian Kewangan Bilangan 4 Tahun 2011, Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Surat Pekeliling Bahagian Kewangan Bilangan 2 Tahun 2012, Kementerian Kesihatan Malaysia

BIL

KUMPULAN

JENIS PENGECUALIAN

1.

Pelajar berumur tidak melebihi 21 tahun dan belajar sepenuh masa sehingga tingkatan 5

Dikecualikan daripada membayar apa-apa caj wad, rawatan kepakaran di wad kelas 2 dan caj pesakit luar dengan syarat mengemukakan surat pengenalan daripada pengetua sekolah. Terhad kepada warga negara sahaja.

2.

Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan tidak bersekolah (Golongan miskin sahaja)

Dikecualikan caj hospital kelas 3 dan caj pesakit luar. Borang pengesahan mengenai kedudukan sosio-ekonomi pesakit berkenaan perlu dilengkapkan dan ditandatangani oleh Pegawai Kebajikan Perubatan Hospital, Pengarah Hospital/Ketua Klinik Pergigian semasa pendaftaran dan disimpan dalam fail pesakit untuk rekod semakan audit. Terhad kepada warga negara sahaja.

3.

Anggota Angkatan Sukarelawan

  • Askar Wataniah
  • Pasukan Pertahan Tempatan
  • Pasukan Pertahanan Awam
  • Polis Sukarela Simpanan

Sekiranya mendapat bencana atau sakit dalam menjalankan tugas dikecualikan daripada membayar semua caj rawatan dan caj wad.

Anggota Angkatan Sukarela dan keluarganya dikenakan setengah bayaran hospital dan wad apabila sakitnya atau kecederaannya bukan kerana menjalankan tugas ketenteraan. Dikecualikan daripada bayaran pesakit luar (Kecuali gigi palsu).

4.

Penuntut-Penuntut

  • Institut Pertanian Semenanjung Malaysia
  • Pusat Latihan di bawah Kementerian Belia Dan Sukan
  • Pelatih Institut Latihan Perindustrian

Dikecualikan daripada bayaran deposit pesakit luar dan caj hospital kelas 3.

5.

Wakil Kesihatan Kampung di Sarawak Sahaja dan Keluarga

Dikecualikan caj hospital kelas 3.

6.

Perkhidmatan Pasukan Perubatan Bersedia Di Bawah Jadual H Bahagian 2(iii) Perintah Fee (Perubatan) 1982

Bagi majlis-majlis yang dibiayai oleh Kerajaan (termasuk Kerajaan Negeri) contohnya Perayaan Hari Kebangsaan, Mesyuarat Undangan Negeri.

Bagi majlis-majlis yang diadakan oleh Pertubuhan Kebajikan dan Sukan yang ditubuhkan di peringkat kementerian/jabatan/negeri yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

Majlis-majlis yang diadakan oleh pertubuhan-pertubuhan lain yang berdaftar yang diluluskan oleh Ketua Setiausaha Negara dari masa ke semasa.

7.

Penderma Darah (Semua Orang Yang Menderma Darah Kepada Hospital Kerajaan)

KEKERAPAN MENDERMA

  • 1 kali

 

  • 2 - 5 kali

 

  • 6 - 10 kali
  • 11 - 15 kali
  • 16 - 20 kali
  • 21 – 30 kali
  • 31 – 40 kali
  • 41 – 50 kali

Bagi penderma darah ‘Rare Blood Group’, keistimewaan rawatan sama seperti yang sedang dinikmati oleh penderma darah biasa dikekalkan. Faedah tambahan penderma yang telah berdaftar dengan Tabung Darah Hospital diberi suntikan Hep. B percuma.

 

KEISTIMEWAAN RAWATAN

Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran x-ray dan pembedahan) dan Wad Kelas 2 untuk tempoh 4 bulan.

Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan Wad Kelas 2 untuk 4 bulan dan percuma pelalian Hep. B.

Percuma rawatan pesakit luar untuk 1 tahun dan rawatan perubatan Wad Kelas 2 untuk 6 bulan.

Percuma rawatan pesakit luar 2 tahun dan rawatan perubatan dan Wad Kelas 2  untuk 1 tahun.

Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan Wad Kelas 2 untuk 2 tahun.

Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan Wad Kelas 2 untuk 3 tahun.

Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan Wad Kelas 2 untuk 4 tahun.

Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan Wad Kelas 2 untuk 10 tahun.

 

8.

Anggota Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Yang Masih Berkhidmat Yang Berdaftar Dengan Sah Dan Diberi Kad Pengenalan RELA

Anggota RELA yang mendapat bencana dalam menjalankan tugas-tugas mereka hendaklah dimasukkan ke Wad Kelas 2 jika ada tempat dan ianya tidak boleh dikenakan apa-apa caj rawatan atau wad.

9.

Anggota Pasukan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulance Yang Berdaftar Dengan Sah

Sekiranya mendapat bencana dalam menjalankan tugas berhak mendapat kemudahan pesakit luar dan rawatan Wad Kelas 2 percuma.

10.

Penduduk Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Dikecualikan daripada bayaran bagi rawatan di Wad Kelas 3 dan rawatan luar.

11.

Tahanan Polis (Termasuk Banduan), Anak-Anak Yatim, Anak-Anak Cacat Dan Orang Tua Di Bawah Jagaan Kerajaan

Semua bayaran perubatan dikecualikan (Wad Kelas 3 dan pesakit luar). 

12.

Penerima Anugerah Sastera Negara

Kemudahan percuma dalam Wad Kelas 1.

13.

Jemaah Haji LUTH dan Persendirian

Pengecualian bayaran ke atas caj suntikan Miningitis dan caj pemeriksaan kesihatan.

14.

Atlit-Atlit Kebangsaan (Ahli Sukan Kebangsaan)

Pemeriksaan perubatan percuma (secara rutin) dan rawatan perubatan percuma (Wad Kelas 2 dan rawatan pesakit luar).

15.

Pesakit-Pesakit Tibi dan Penyakit Berjangkit Lain Yang Telah Keluar Dari Wad

Dikecualikan daripada caj 'Follow Up' di Jabatan Pesakit Luar.

16.

Pesakit Luar Yang Telah Menghidap Tibi Termasuk Kontek-Kontek Pesakit Tersebut

Dikecualikan daripada caj pesakit luar am dan pesakit luar pakar.

17.

Kes-Kes PERKESO

Bayaran caj pemeriksaan Lembaga Perubatan dikecualikan.

18.

Guru Pelatih Di Maktab Perguruan Semenanjung Malaysia

Rawatan perubatan percuma di Wad Kelas 2.

19.

Jemaah Umrah

Caj suntikan Miningitis dikecualikan.

20.

Rakyat Bosnia Herzegovina Yang Menetap di Malaysia

Dikecualikan daripada semua caj dan rawatan Wad Kelas 3 (tidak termasuk pembekalan gigi palsu dan rawatan orthodontik).

21.

Mangsa-Mangsa Kemalangan dan Mangsa-Mangsa Penganiayaan Seperti Mangsa Rogol, Deraan dan Sebagainya Yang Dirujuk Olah Pihak Polis

Dikecualikan daripada bayaran bagi rawatan Wad Kelas 3 dan rawatan pesakit luar.

22.

Pelajar-Pelajar Politeknik Ungku Omar Ipoh, Kuantan, Batu Pahat, Alor Setar, Kota Bharu, Port Dickson dan Kuching

Dikecualikan daripasa caj rawatan pesakit luar dan rawatan di Wad Kelas 2.

23.

Pelatih Pusat Serenti (Pusat Jagaan Lanjutan)

Dikecualikan daripada bayaran rawatan pesakit luar dan caj Wad Kelas 3.

24.

Pelajar-Pelajar Institut Kemahiran MARA

Dikecualikan daripada bayaran rawatan pesakit luar dan caj Wad Kelas 3.

25.

Tokoh Seni Negara

Kemudahan perubatan percuma Kelas 1.

26.

Pelatih Institut Latihan Perikanan Malaysia Chendering

Dikecualikan dariapda semua caj dan rawatan di Wad Kelas 3 (tidak termasuk pembekalan gigi palsu dan rawatan orthodontik) dan juga rawatan pesakit luar.

27.

Ahli-Ahli Lembaga Pelawat Hospital

Dikecualikan daripada bayaran bagi rawatan Wad Kelas 2 dan rawatan pesakit luar (semasa tempoh menjadi Ahli Lembaga Pelawat Hospital).

28.

Sukarelawan Penjagaan Kesihatan Asas Negeri Sabah Dan Keluarga

Dikecualikan daripada rawatan wad kelas 3 dan rawatan pesakit luar (kecuali pembekalan gigi palsu dan rawatan orthodontik).

29.

Golongan Yang Menerima Bantuan Kebajikan

Diberi pengecualian bayaran rawatan hospital sebagai pesakit luar dan rawatan di Wad Kelas 3.

30.

Bekas-Bekas Anggota Keselamatan Yang Pernah Berkhidmat Semasa Darurat (1948 - 1960)

Berkhidmat 5 tahun dan lebih dikecualikan dari bayaran rawatan perubatan dan Wad Kelas 2 (tidak termasuk pembekalan gigi palsu). Berkhidmat untuk tempoh 1 tahun dan kurang dari 5 tahun pula dikecualikan dari rawatan perubatan dan Wad Kelas 3.

31.

Semua Peserta Atau Kakitangan Yang Terlibat Dengan SUKOM Semasa Acara SUKOM Berlangsung Mulai 31 Ogos 1998 hingga 24 September 1998

Diberi rawatan perubatan Wad Kelas 1 secara percuma.

32.

Warganegara Berumur 60 tahun ke atas

Diberi pengecualian bayaran caj pendaftaran pesakit luar am dan pesakit luar pakar. Pengurangan caj Wad Kelas 3 sebanyak 50% dengan caj maksimum RM 250 setiap kemasukan