Panduan Pesakit

KEPERLUAN ASAS UNTUK KEMASUKAN KE WAD

  1. Dokumen pengenalan diri yang sah :
    • Kad Pengenalan
    • Dokumen perjalanan bagi warga asing
    • Surat akuan jabatan bagi anggota kerajaan
    • Surat akuan majikan bagi anggota swasta
  2. Alamat perhubungan pesakit :
    • Alamat surat menyurat yang lengkap untuk penghantaran bil pesakit
    • Alamat waris terdekat sekiranya pesakit tidak mempunyai alamat tetap
    • Alamat majikan bagi pesakit warga asing
    • Nombor telefon sekiranya ada
  3. Kelengkapan asas pesakit :
    • Baju persalinan
    • Tuala mandi
    • Sudu/cawan
    • Ubat gigi dan keperluan asas yang lain
  4. Bawa segala jenis ubat (jika ada) yang pernah atau sedang digunakan bagi membantu doktor yang merawat mengenali ubat-ubatan tersebut.

 

KETIKA MENDAPAT RAWATAN DI WAD

Disertakan beberapa panduan kepada pesakit yang ditahan untuk rawatan di wad :

Sejarah Perubatan

  1. Sila bawa segala jenis ubat-ubatan yang diambil semasa rawatan di rumah (diambil dari klinik swasta) untuk rujukan Pegawai Perubatan;
  2. Sila maklumkan kepada Pegawai Perubatan segala jenis alahan;
  3. Pastikan anda memberikan keterangan lengkap yang diperlukan oleh Pegawai Perubatan bagi memudahkan proses mengenalpasti jenis/punca penyakit anda.
  4. Pesakit kronik yang bergantung kepada pengambilan ubat-ubatan perlu membawa bersama ubat-ubatan berkenaan (Cth : Kencing Manis, Darah Tinggi).

Keselamatan

  1. Keselamatan barangan peribadi adalah di bawah tanggungjawab masing-masing. Pesakit dinasihatkan untuk tidak membawa barangan berharga ketika ditahan di wad;
  2. Pesakit dinasihatkan untuk tidak meninggalkan wad tanpa kebenaran Pegawai Perubatan bertugas bagi mengelakkan jangkitan;
  3. Jika terdapat sebarang perubahan kesihatan pada diri anda, maklumkan segera kepada Pegawai Perubatan yang bertugas.

Perkara-perkara lain

  1. Sentiasa memakai pakaian khas pesakit di wad;
  2. Sentiasa mengikut arahan Pakar/Pegawai Perubatan;
  3. Hindarkan diri anda daripada melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan penyakit anda semakin tenat.

 

KETIKA DISCAJ DARI WAD

  1. Setelah anda disahkan oleh Pegawai Perubatan untuk didiscaj, sila kemaskan barangan anda dan pastikan anda tidak meninggalkan barangan berharga anda;
  2. Anda akan diberikan senarai bil yang perlu dijelaskan dan selesaikan segala bil yang berkenaan di Unit Hasil, Hospital Langkawi. Pastikan anda diberi wang baki jika ada, beserta resit bayaran;
  3. Sekembali ke wad, serahkan resit bayaran kepada kerani bertugas;
  4. Anda turut diberi preskripsi ubat jika perlu dan sila ke Jabatan Farmasi Hospital Langkawi bagi mendapatkan bekalan ubat anda;
  5. Pastikan waris hadir untuk melaksanakan segala proses diatas bagi pesakit yang berusia/uzur atau melahirkan anak;
  6. Tukar pakaian khas pesakit dan pastikan branula (jarum) di tangan anda dikeluarkan;
  7. Ketika meninggalkan wad, pastikan anda diberikan Discharge Note, Resit Bayaran, MC jika perlu, ubat-ubatan dan Kad Rawatan Susulan jika perlu;
  8. Sila patuhi tarikh temujanji pada Kad Rawatan Susulan; dan
  9. Sila pastikan anda datang segera ke hospital untuk rawatan sekiranya penyakit anda berulang.