Ahli Lembaga Pelawat

Tugas dan fungsi yang perlu dilaksanakan oleh Ahli Lembaga Pelawat ialah seperti berikut:

  1. Penghubung Antara Hospital Dan Komuniti

    Bertindak sebagai penghubung dan mengeratkan hubungan antara Hospital dan komuniti. Ahli Lembaga boleh memainkan peranan perhubungan awam yang positif dengan memberi penerangan yang jelas kepada orang awam mengenai kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh pihak hospital serta masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak hospital dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai. Dengan cara ini imej dan peranan sesebuah hospital akan dapat diperbaiki dan perkhidmatan Lembaga Pelawat akan disanjung tinggi.

  2. Mengadakan Lawatan Ke Hospital

    Mengadakan lawatan ke hospital yang akan mendapat maklum mengenai perkhidmatan yang diberikan di Hospital, masalah- masalah yang dihadapi oleh Hospital berkaitan perkhidmatan kepada pesakit dan waris, masalah yang dihadapi oleh pesakit dan waris berkaitan perkhidmatan hospital dan kebajikan yang boleh dilaksanakan bagi membantu pesakit dan waris. Ahli Lembaga hendaklah menyediakan laporan mengenainya selepas setiap lawatan dan membincangkan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pelawat.

  3. Perkhidmatan Kebajikan Kepada Pesakit Dan Hospital

    Memberi perkhidmatan kebajikankepada pesakit-pesakit dan Hospital umpamanya dengan mengumpul buku-buku dan majalah untuk bacaan pesakit, mengumpul dan menghadiahkan pakaian lama kepada pesakit miskin serta mengumpul dan menghadiahkan barang-barang permainan kepada pesakit kanak-kanak. Selain daripada itu Ahli Lembaga juga boleh secara peribadi menyumbangkan atau mendapatkan bantuan kewangan misalnya untuk membaiki surau, menyediakan seni taman, tempat pesakit berehat dan sebagainya. Perkhidmatan sebegini akan dapat memberikan sumbangan positif daripada Ahli Lembaga Pelawat.

  4. Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Hospital

    Melibatkan diri dalam aktiviti Hospital dengan komuniti seperti kempen menderma darah, kempen anti merokok dan sebagainya. Ahli Lembaga boleh mengatur program-program berkaitan untuk membantu Hospital menjayakan program-program yang membina.