Anestesiologi & Rawatan Rapi

Unit Anestesiologi dan Rawatan Rapi merupakan unit sokongan yang terpenting bagi semua Unit / Jabatan yang berasaskan klinikal terutamanya Pembedahan dan Perubatan. Unit ini telah memberikan perkhidmatan dari mula pembukaan hospital pada tahun 1995 dan berfungsi sepenuhnya pada tahun 2000 apabila Unit Rawatan Rapi dibuka. Selain daripada memberikan perkhidmatan bius/ anestesia, Unit ini juga menjadi tunjang kepada perkhidmatan Unit Rawatan Rapi (ICU).

Unit Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Langkawi diketuai oleh seorang Pakar Anestesiologi Gred UD52, seorang Pegawai Perubatan Bius UD44 dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan Gred U32, seorang Penolong Pegawai Perubatan U29 dan

2 orang Ketua Jururawat Gred U32 yang masing-masing bertanggungjawab mengurus Unit Dewan Bedah dan Unit Rawatan Rapi (ICU) yang mana kedudukan anggota adalah, 12 orang Jururawat Terlatih Gred U29 dan 2 orang Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3 di Unit Rawatan Rapi(ICU). Manakala Unit Dewan Bedah pul, telah ditempatkan seramai 22 orang Jururawat Gred U29 dan 3 orang Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3.

Unit Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Langkawi beroperasi secara terus menerus selama 24 jam setiap hari yang mana aturan tugasnya telah dijadualkan secara tiga giliran. Seorang Pakar Anestesiologi / Pegawai Perubatan Anestesia akan bertugas secara on call pada setiap hari.

Unit Anestesiologi dan Rawatan Rapi bertanggungjawab secara terus kepada Unit Dewan Bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan menjadi rujukan bagi semua disiplin klinikal Hospital Langkawi. Unit Rawatan Rapi berfungsi dengan 4 katil dan 1 katil Isolasi yang dilengkapi dengan keperluan pemantauan intensif untuk pesakit termasuk alat monitoring dan ventilator. Manakala Dewan Bedah mempunyai 2 bilik bedah berserta kelengkapan dan fasiliti lain yang terkini. Unit ini berfungsi secara khusus memberikan perkhidmatan Anestesia meliputi multi-disiplin dalam pelbagai bidang pembedahan elektif dan kecemasan kepada semua pelanggan. Bidang pembedahan ini terbahagi kepada 6 Displin:-

  1. Pembedahan Am
  2. Obstetrik dan Ginaekologi
  3. Ortopedik
  4. Oftalmologi - Lawatan Pakar Hospital Sultanah Bahiyah, 6 minggu sekali
  5. Otorinolaringologi - Lawatan Pakar dari Hospital Sultanah Bahiyah sebulan sekali
  6. Endoskopi - Pakar Pembedahan Hospital Langkawi dan Pakar Perubatan

Dengan kapasiti 4 katil dan 1 katil Isolasi Unit Rawatan Rapi (ICU) akan memberikan rawatan intensif kepada pesakit-pesakit kritikal, perkhidmatan Respiratory Hemodynamic Monitoring secara intensif seperti penggunaan alatan bantuan pernafasan (ventilator), perkhidmatan Acute Pain Service bagi pesakit yang telah menjalani pembedahan major serta bantuan kecemasan dan konsultasi kepada unit-unit primer yang lain.

OBJEKTIF

Memberikan perkhidmatan seperti berikut:-

  • Perkhidmatan Bius / Anestesia
    • Memberikan perkhidmatan bius yang selamat melalui penilaian pra-pembedahan
    • Memberi pembiusan kepada pesakit yang menjalani semua jenis pembedahan secara elektif dan kecemasan.
    • Penjagaan intra dan pos pembedahan termasuk pain management / AcutePain Service.
  • Perkhidmatan Unit Rawatan Rapi (ICU)
    • Memberikan perawatan intensif / rapi kepada pesakit kritikal dari semua unit di hospital ini.
    • Memberikan rawatan intensif terhadap pesakit dan rawatan Respiratory Heamodyanamic Monitoring dengan menggunakan peralatan bantuan penafasan, resusitasi pesakit dan sebagainya.
    • Penjagaan pesakit selepas Pembedahan besar dan rumit yang memerlukan penjagaan rapi selepas pembedahan.
    • Mengendalikan pesakit dalam keadaan kritikal yang memerlukan pemantauan rapi, penjagaan serta sokongan fungsi organ-organ penting.
  • Perkhidmatan Pembedahan Kecemasan dan Elektif (Dewan Bedah)
    • Menyediakan fasiliti pembedahan kepada semua displin berasaskan pembedahan.
    • Memastikan semua prosidur dijalankan secara Sterile teknik dan mematuhi Standard Precaution yang telah ditetapkan.
    • Memberikan perkhidmatan diagnostik endoskopik.
  • Lain-lain
    • Perkhidmatan Acute Pain Service (APS), Patients Control Analgesia (PCA) dan Labour Analgesia.
    • Bantuan Kecemasan dan konsultasi kepada unit-unit lain.
    • Perkhidmatan pembelajaran berterusan seperti Basic Life Support dan User Training Emergency Trolley.