Kecemasan & Trauma

Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan UD48 (kini UD52) dan dibantu oleh 5 orang Penolong Pegawai Perubatan U32 dan lain anggota seperti : 

Pegawai Perubatan UD44 :  3 orang
Pen.Peg.Perubatan U32 :  4 orang
Penolong Pegawai Perubatan U29 :  11 orang
Jururawat Terlatih U29 :  7 orang
Pembantu Tadbir N17 :  4 orang
Pembantu Perawatan Kesihatan U12 :  1 orang
Pembantu Perawatan Kesihatan U3 :  13 orang
Pemandu R3 :  11 orang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

OBJEKTIF

  • Fungsi
    • Berfungsi memberi rawatan kecemasan 24 jam berterusan setiap hari.
  • Tugas Utama
    • Perkhidmatan Ambulans
      Perkhidmatan ini disediakan setiap hari 24 jam. Semua kes panggilan ambulan kecemasan diuruskan oleh Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Kaunter Triage/Call Center dengan mengisi format borang panggilan yang disediakan.

    • Respone Center
      Perkhidmatan Call Center bermula pada awal tahun 2004, ditempatkan di Kaunter Resepsi dan kemudian dipindahkan ke Kaunter Triage setelah Kaunter Triage dinaik taraf. Pada tahun 2007, Kaunter Call Center telah diubahsuai dan dipisahkan dari Kaunter Triage. Sehingga kini, anggota di Kaunter Call Center dan Kaunter Triage masih lagi gunasama tenaga. Pada peringkat permulaan, perkhidmatan yang diberi hanya layanan panggilan ambulan kecemasan, mengurus kes rujukan ke hospital rujukan dan pertanyaan tentang perkhidmatan di Hospital Langkawi.

    • Perkhidmatan Pra Hospital
      Perkhidmatan ini adalah memberi rawatan awal semasa ditempat kejadian. Ia bertujuan supaya pesakit atau mangsa dapat distabilkan atau dipulihkan dengan kadar seberapa segera. Biasanya semasa panggilan ambulan dan kejadian bencana.

    • Triage ( Primer dan Sekunder )
      Sistem triage mula dilaksanakan pada bulan Jun 2003 berikutan dengan Pelaksanaan MS ISO 9002 di Hospital Langkawi. Dalam masa yang sama, Kaunter Triage telah diwujudkan berdekatan pintu masuk utama ke Jabatan Kecemasan dan dikendalikan oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan yang bertugas setiap giliran. Triage dilakukan mengikut keutamaan kes, iaitu :-
Kritikal ( Merah ) :  Zon Resus
Semi – Kritikal ( Kuning ) :  Zon Intermidiat
Tidak Kritikal ( Hijau Keutamaan 1,2 ,3 ) :  Zon Menunggu
Meninggal/BID ( Putih ) :  Rumah Mayat

 

 

 

 

 

    • Rawatan Kecemasan
      Perawatan kecemasan diberi keutamaan kepada kes-kes kritikal diikuti kes-kes separa kritikal dan akhirnya kes-kes tidak kritikal. Semua kes ini ditempatkan mengikut zon-zon yang telah dikenalpasti selepas triage dijalankan seperti zon merah, zon kuning, zon hijau dan zon putih. Perawatan pesakit dikendalikan oleh Pegawai Perubatan UD44 dan Penolong Pegawai Perubatan U29 pada waktu pejabat. Selepas waktu pejabat, kes-kes dikendalikan oleh Penolong Pegawai Perubatan U29, dibantu oleh Jururawat Terlatih U29 dan Pembantu Perawatan Kesihatan U3. Sekiranya ada masalah akan dirujuk kepada Pegawai Perubatan U44 atas Panggilan.

    • Bilik Rawatan Dan Pemerhatian (Yellow Zone)
      Pesakit yang telah diberi rawatan dan perlu dibuat pemerhatian akan ditempatkan di ruang ini. Masa pesakit berada di ruang pemerhatian ini adalah tidak melebihi dari 2 jam. Selepas 2 jam, pegawai perubatan bertugas akan membuat keputusan samada untuk memasukkan pesakit ke wad ate discharge.

    • Pemberian Nebulizer
      Pesakit yang mendapat serangan asthma akan diberi keutamaan dan ditempatkan di ruang Asthma Bay. Pemberian nebulizer akan terlebih dahulu selepas pemeriksaan dilakukan.

    • One Stop Crisis Center ( OSCC )
      Perkhidmatan ini dikhaskan untuk mangsa penderaan, rogol, liwat dan lain-lain kes medico – legal. Mangsa akan diberi keutamaan ( hijau P1 ) dan ditempatkan di bilik menunggu khas (Bilik Mawar) sebelum dibuat pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan.

    • Liputan Perubatan
      Liputan perubatan selalunya diberi perkhidmatan kepada lawatan Ketua-Ketua Negara, acara sukan, majlis-majlis rasmi kerajaan dan semasa berlaku bencana. Perkhidmatan sediakan mengikut Garispanduan Kementerian Kesihatan

    • Perkhidmatan Forensik dan Pengurusan Jenazah/Mayat
      Perkhidmatan ini memberi khidmat 24 jam setiap hari sekiranya terdapatnya kes yang datang. Unit ini akan menguruskan semua kes kematian selepas diserahkan oleh lain-lain unit/jabatan. Keanggotaannya terdiri dari anggota gunasama Jabatan Kecemasan :-

      • Seorang Pegawai Perubatan Active Call
      • 2 Penolong Pegawai Perubatan
      • 2 Pembantu Perawatan Kesihatan

      Jika perlu, Pakar Forensik/Patologi dari Hospital Sultanah Bahiyah akan dirujuk.

    • Perkhidmatan Kereta Jenazah/Mayat
      Perkhidmatan ini juga memberi khidmat 24 jam setiap hari dan sekiranya diperlukan oleh waris atau keluarga si mati. Hanya diberikan untuk membawa jenazah/mayat dari hospital ke rumah si mati atau terus ke tanah perkuburan. Pemandu dan Pembantu Perawatan Kesihatan turut mengiringi jenazah/mayat tersebut. Terdapat 2 unit kenderaan:-

      • 1 unit untuk orang Islam berwarna putih.
      • 1 unit untuk orang Bukan Islam berwarna hitam.

    • Pengurusan Rujukan Kes ke Hospital Rujukan
      Pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan lanjut kepakaran akan dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah. Terdapat juga pesakit yang dirujuk ke Hospital Kangar, Hospital Pulau Pinang atau hospital swasta atas permintaan pesakit/keluarga. Biasanya pesakit akan dirujuk dengan menggunakan ‘MV SHUHAIL’ yang dikendalikan oleh Jabatan Laut serta feri penumpang samada perjalanan berjadual ataupun sewa khas. Terdapat juga pesakit yang dirujuk melalui udara dengan khidmat “Mercy Flight“ atau persendirian. Walaubagaimanapun, selepas Bulan Mei 2004, semua kes rujukan mesti dimasukkan ke wad, biasanya ke “ICU” sebelum dirujuk ke hospital rujukan. Semua urusan rujukan pesakit akan diuruskan oleh Penolong Pegawai Perubatan bertugas Respon Centers atau Kaunter Triage.

    • Lain-Lain Perkhidmatan
      • Pendaftaran pesakit luar dan dalam
      • Kutipan hasil
      • Pemberian bekalan ubat-ubatan ( dispensing )