Oftalmologi

Unit Oftalmologi Hospital Langkawi diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan UD 44, dibantu oleh seorang PPP U29 dan seorang Jururawat U29 . Klinik Oftalmologi di Klinik Pakar beroperasi pada setiap bulan (sebulan sekali). Lawatan Pakar Oftalmologi daripada Hospital Sultanah Bahiyah mengikut jadual yang telah ditetapkan. Setiap bulan pada Hari selasa dalah Pre-Operation Clinic. Hari Rabu adalah Operation Day dan hari Khamis adalah Post Operation Clinic.

FUNGSI

  • Rawatan pesakit dalam (Wad Lelaki, Wad Perempuan, Wad Kelas 1 & 2 dan Unit Perawatan Rapi)
    • Rondaan wad setiap hari (termasuk hujung minggu dan cuti am) oleh pegawai perubatan dan pakar perubatan untuk merawat pesakit oftalmologi dan pesakit yang dirujuk oleh unit lain.
    • Merujuk pesakit ke Jabatan Oftalmologi Hospital Sultanah Bahiyah jika perlu.
    • Memberitahu kepada pesakit mengenai penyakit mereka serta rawatan yang sedang diberikan.
    • Merujuk pesakit kronik untuk diberikan kaunseling yang berkenaan.
    • Pakar Oftalmologi akan memberikan pembelajaran di sisi katil pesakit kepada pegawai perubatan, paramedik dan jururawat.
  • Waktu beroperasi:
    • Setiap hari Selasa (Pre-Operation Clinic)
    • Rabu (Operation Day)
    • Khamis (Post-Operation Clinic) (kecuali cuti am) sebulan sekali.
  • Rawatan Luar
    • Menjalankan Klinik Oftalmologi Bersama doktor pakar sebulan sekali.
    • Menjalankan Klinik Oftalmologi oleh pegawai perubatan sebulan sekali.
  • Pembedahan
    • Melakukan pembedahan seperti Cataract dan sebagainya di Hospital Langkawi sebulan sekali oleh Pakar Oftalmologi dari Hospital Sultanah Bahiyah.