Otorinolaringologi

Unit ORL Hospital Langkawi diketuai oleh seorang Pegawai Perubatan UD44 dan dibantu oleh seorang PPP U29 dan seorang Jururawat U29. Klinik Otorinolaringologi di Klinik Pakar beroperasi pada setiap bulan (sebulan sekali). Lawatan Pakar ORL daripada Hospital Sultanah Bahiyah mengikut jadual yang telah ditetapkan. Setiap bulan pada Hari Isnin adalah Operation Day dan pada hari Selasa adalah Clinic Day. Unit ORL terbahagi kepada 3 bahagian, iaitu :-

  1. Unit ORL,
  2. Bahagian Audiologi ( Unit Pendengaran) dan
  3. Speech Therapy (Pertuturan).

FUNGSI

  • Rawatan pesakit dalam (Wad Lelaki, Wad Perempuan, Wad Kelas 1 & 2, dan Unit Perawatan Rapi)
    • Rondaan wad setiap hari (termasuk hujung minggu dan cuti am) oleh pegawai perubatan dan pakar perubatan untuk merawat pesakit perubatan dan pesakit yang dirujuk oleh unit lain.
    • Merujuk pesakit ke Jabatan ORL Hospital Sultanah Bahiyah jika perlu.
    • Memberitahu kepada pesakit mengenai penyakit mereka serta rawatan yang sedang diberikan.
    • Merujuk pesakit kronik untuk diberikan kaunseling yang berkenaan.
    • Pakar ORL akan memberikan pembelajaran di sisi katil pesakit kepada pegawai perubatan, paramedik dan jururawat.
  • Waktu beroperasi:
    • ORL : setiap hari Isnin dan Selasa (kecuali cuti am) sebulan sekali.
  • Rawatan Luar
    • Menjalankan Klinik ORL bersama doktor pakar sebulan sekali.
    • Menjalankan Klinik ORL oleh pegawai perubatan sebulan sekali.
  • Pembedahan
    • Melakukan pembedahan seperti Tonsilectomy, Myringoplasty dan sebagainya di Hospital Langkawi sebulan sekali oleh Pakar ORL dari Hospital Sultanah Bahiyah.