Pembedahan

Unit Pembedahan Hospital Langkawi bertanggungjawab dalam memberi rawatan pembedahan am untuk penduduk dan pelancong di Pulau Langkawi. Unit ini menjadi pusat rujukan untuk kes-kes pembedahan dari beberapa Klinik Kesihatan di Pulau Langkawi.

Unit ini diketuai oleh seorang Pakar Bedah dan dibantu oleh seorang Pegawai Perubatan Pembedahan.

Perkembangan pesat dalam pembangunan dan pertambahan bilangan pelancong yang datang ke Pulau Langkawi meningkatkan lagi jumlah kes-kes pembedahan di Hospital Langkawi. Secara amnya, unit ini sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti perawatan dengan melakukan perubahan kepada proses-proses kerja untuk memberi rawatan terbaik kepada semua pesakit.

FUNGSI

  • Rawatan Pesakit Luar Klinik Pembedahan
    • Mengendalikan kes-kes baru dan susulan pada setiap hari Isnin
    • Melakukan prosedur-prosedur kecil ( FNAC dan banding buasir di Klinik Pembedahan)
  • Rawatan Pesakit Dalam
    • Rawatan kes-kes pembedahan dikendalikan di Wad Lelaki, Wad Perempuan, Wad Kelas 1 & 2, Wad Kanak-Kanak dan Unit Rawatan Rapi
  • Prosedur-Prosedur Pembedahan
    • Melakukan pembedahan elektif major atau minor pada setiap hari Selasa
    • Melakukan pembedahan harian (day care) pada setiap hari ahad
    • Melakukan pembedahan kecemasan apabila ada kes-kes kecemasan
  • Perkhidmatan Endoskopi
    • Melakukan prosedur 'OGDS' dan Colonoscopy secara elektif ataupun kecemasan