Perkhidmatan Radiologi

Perkhidmatan Radiologi merupakan satu perkhidmatan yang asas di dalam perkhidmatan perawatan pesakit. Pemeriksaan Radiologi Am/Khas, diperlukan untuk membantu pegawai/pakar perubatan di dalam membuat pengdiagnosan yang segera dan tepat ke atas pesakit yang dirawati serta membantu di dalam mengesan penyakit-penyakit yang tidak disyaki.

Keberkesanan perawatan-perawatan tertentu ke atas pesakit boleh dinilai menerusi penggunaan pemeriksaan pengimejan diagnostik Radiografi Am/Khas. Adalah menjadi inspirasi unit ini untuk memberi perkhidmatan yang efektif, cepat dan bermutu tinggi demi keselamatan dan kesejahteraan pesakit.

Unit Perkhidmatan Radiologi Hospital Langkawi diketuai oleh Pegawai Perubatan Radiologi Kanan UD54 (sudah bertukar ke Hospital Sultan Abdul Halim pada akhir tahun 2009) dan dibantu oleh Ketua Juru X-Ray Diagnostik U32, seorang Juru X-Ray Diagnostik U41, 3 orang Juru X-Ray Diagnostik U29, seorang Jururawat Terlatih U29 dan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U12.

OBJEKTIF

Perkhidmatan Radiologi Hospital Langkawi memberikan perkhidmatan yang tersenarai di bawah :

  • Pemeriksaan Radiografi Berkomputer Am dan Khas ( Computerised Radiography )
  • Pemeriksaan Tomografi Berkomputer ( CT Scan Examinations )
  • Pemeriksaan Mammografi
  • Pemeriksaan Ultrasound ‘With Colour Doppler’
  • Pemeriksaan Fluoroskopi Bergerak ( C-Arm BV-25 ) di Dewan Bedah.
  • Perkhidmatan Radiografi Forensik di Rumah Mayat.
  • Pemeriksaan Radiografi Kecemasan Bergerak di wad-wad, unit I.C.U./H.D.U., Jabatan Kecemasan dan Labour Room, wad Bersalin.
  • Unit Perkhidmatan Radiologi juga menyediakan perkhidmatan X–Ray Kecemasan Tinggal Atas Panggilan - 24 jam setiap hari termasuk hari cuti minggu dan cuti umum.