Kejuruteraan

Unit Kejuruteraan merupakan salah satu unit sokongan di bawah seliaan pihak pengurusan pentadbiran Hospital Langkawi dan bertanggungjawab kepada Pengarah Hospital. Unit ini diwujudkan setelah perkhidmatan konsultan Sistem Hospital Awasan Taraf (SIHAT) ditamatkan pada Oktober 2011. Secara umumnya, unit ini berperanan dalam membantu dan bertanggungjawab untuk memantau pelaksanaan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital (KSH) bagi perkhidmatan pendobian (LLS), pencucian (CLS), pengurusan sisa-sisa klinikal (CWMS), kejuruteraan fasiliti (FEMS) dan juga kejuruteraan biomedical (BEMS) agar ianya terlaksana mengikut kontrak di dalam Perjanjian Konsesi. Selain itu, unit ini bertanggungjawab untuk membantu pihak hospital dalam memberi khidmat nasihat berkaitan perkara-perkara teknikal.

OBJEKTIF

  • Memantau pelaksanaan penswastaan perkhidmatan sokongan hospital (KSH) bagi perkhidmatan pendobian, pencucian, pengurusan sisa-sisa klinikal, kejuruteraan fasiliti, dan kejuruteraan biomedical agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dalam Perjanjian Konsesi.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan dan saintifik di bawah bidang tanggungjawab Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan.

FUNGSI

Perkhidmatan Unit Kejuruteraan adalah merangkumi :

  • Membantu mengawal selia Khidmat Sokongan Hospital dan perkhidmatan kejuruteraan di Hospital Langkawi bagi memastikan ianya adalah dijalankan mengikut Perjanjian Konsesi.
  • Menjalankan pemantauan dan kajian teknikal ke atas kualiti dan kesempurnaan serta kekompetenan operasi penyelenggaraan dan pelaksanaan perkhidmatan kejuruteraan hospital oleh Syarikat Konsesi Penswastaan Khidmat Sokongan Hospital.
  • Menjalankan pemeriksaan fizikal dari masa ke semasa ke atas sistem, pepasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedikal.
  • Menguruskan pengeluaran ‘Sijil Perakuan Pelupusan’ (PEP) bagi peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedical yang berkaitan jika perlu.
  • Memastikan operasi rangkaian teknologi maklumat (CMIS) dan program mutu jaminan (QAP) bagi Perkhidmatan Kejuruteraan Hospital dikemaskini serta berkesan.
  • Menyemak prestasi, laporan teknikal, laporan kejadian dan aduan bagi Perkhidmatan Kejuruteraan Hospital.
  • Membantu menjalankan program mobilisasi Khidmat Sokongan Hospital dan Menyerahan Milik Hospital/Fasiliti Baru di bawah Penswastaan Khidmat Sokongan Hospital.
  • Membantu menjalankan pemantauan ke atas perjalanan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan, sistem, pepasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedical semasa Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) bagi Hospital/FasilitiBaru.
  • Membantu menyedia dan menyelaras maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pembayaran aset-aset tambahan di hospital sedia ada kepada pihak kontraktor.
  • Membantu menyemak prestasi, laporan, aduan dan bil/inbois untuk pengesahan bayar atau penalti.
  • Membantu dalam pengurusan aset hospital.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal dan professional kepada Pengarah Hospital dan Institusi Kesihatan mengenai Perkhidmatan Kejuruteraan Hospital, Kerja-Kerja Kecil Kejuruteraan serta pembelian dan penggantian alat kelengkapan.