UEM Edgenta

Bertanggungjawab dalam melaksanakan perkhidmatan sokongan hospital (KSH) bagi perkhidmatan pendobian (LLS), pencucian (CLS), pengurusan sisa-sisa klinikal (CWMS), kejuruteraan fasiliti (FEMS) dan kejuruteraan biomedikal (BEMS) agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dalam Perjanjian Konsesi.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  • Clinical Waste Management (CWMS)

    Pengasingan secara menyeluruh sisa klinikal termasuk penkelasan dan penjadualan pengumpulan dan pelupusan diserahkan kepada incinerator yang berlesen dan menggunakan jentera yang sesuai.

    Semua peralatan dan barangan digunakan berdasarkan keperluan dan piawai yang telah ditetapkan.

    Semua prosidur bersangkut paut dengan perkhidmatan mesti mematuhi keperluan pengawalan DOE.

  • Linen and Laundry Services (LLS)

    Barangan dan bahan linen diselaraskan piawaiannya bagi seluruh Negara dan memastikan bekalan linen mencukupi.

    Kualiti pendobian hendaklah berdasarkan piawai yang diluluskan dan diperakui diperingkat antarabangsa.

    Proses pengumpulan dan pengangkutan linen yang tercemar dan penghantran linen yang bersih dilakukan berdasarkan prosidur yang terperinci.

  • Cleansing Services (CLS)

    Proses pembersihan dilakukan oleh pertugas yang terlatih meliputi semua kawasan dengan menggunakan peralatan yang sepatutnya dan bahan kimia yang mematuhi ketetapan yang telah ditetapkan.

    Barangan dibekalkan di semua kawasan, termasuk kawasan awam dalam kuantiti yang diperlukan.

    Perkhidmatan termasuk mengumpul sisa klinikal melalui kaedah yang betul dan menggunakan peralatan yang sewajarnya dan memperuntukan fasiliti untuk dijadikan pusat penyimpanan.

  • Facility Engineering Maintenance Services (FEMS)

    Melaksanakan penyenggaraan yang menyeluruh dan pelan penyenggaraan pencegahan menurut jadual yang telah ditetapkan.

    Masa bertindak dan uptime adalah berdasarkan keperluan.

    Melaksanakan program mutu jaminan (QAP) terhadap semua sistem dan peralatan.

    Membentuk dan menselenggarakan pustaka bagi menyimpan secara selamat lukisan, manual dan dokumen lain yang berkaitan perkhidmatan.

    Mengendali latihan kepada pengguna.

  • Biomedical Engineering Maintenance Services (BEMS)

    Melaksanakan penyenggaraan yang menyeluruh dan pelan penyenggaraan pencegahan menurut jadual yang telah ditetapkan.

    Masa bertindak dan uptime adalah berdasarkan keperluan.

    Melaksanakan program mutu jaminan (QAP) terhadap semua sistem dan peralatan.

    Membentuk dan menselenggarakan pustaka bagi menyimpan secara selamat lukisan, manual dan dokumen lain yang berkaitan perkhidmatan.

    Mengendali latihan kepada pengguna.

    Prosidur yang terperinci untuk bahan berbahaya dan peralatan yang tercemar.

    Mengawasi ujian penerimaan, karektor/ujian keselamatan dan prestasi.