Bekalan Bahan Steril

Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU) adalah unit sokongan yang membekalkan peralatan Steril bagi kegunaan wad-wad, Dewan Bedah, Klinik Pakar dan unit-unit yang lain.

Terbahagi kepada 5 zone, iaitu:-

  • Zon Dekontaminasi
  • Zon Penyediaan
    • Pembukusan set-set
    • Pembungkusan linen dan gown
    • Pembungkusan bahan mentah
  • Zone Steril
  • 4 Stor Peralatan Steril
  • Zon Pembekalan/ Penghantaran

FUNGSI

  • Memastikan perkhidmatan yang diberi adalah berkualiti
  • Memastikan proses pensterilan mengikut prinsip prinsip dan piawaian yang ditetapkan
  • Memastikan set set rawatan dan soft dressing yang dibekalkan sentiasa mencukupi dan Steril bagi mengelak jangkitan

TUGAS UTAMA

  • Perkhidmatan Porter System dan mendekontaminasi
    • Mengutip set yang terpakai dari semua wad dan unit
    • Melakukan peroses pencucian peralatan secara Manual dan menggunakan Washer Disinfector
  • Perkhidmatan penyediaan
    • Mengeringkan Peralatan yang siap dicuci
    • Menyusun dan membungkus peralatan dan set-set prosidur
  • Perkhidmatan Pensterilan untuk semua peralatan dan set-set dengan Autoclave Mesin
  • Perkhidmatan Pembekalan set-set steril kepada wad dan unit mengikut keperluan