Dietetik & Sajian

Unit Dietetik dan Sajian merupakan unit sokongan klinikal yang memainkan peranan penting dalam menyediakan makanan yang seimbang, bersih dan selamat untuk semua pesakit dalam di hospital ini.

OBJEKTIF

Untuk memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dengan mengutamakan pelanggan.

FUNGSI

  • Perkhidmatan Sajian
    • Membekalkan diet berdasarkan pesanan yang diterima dari wad mengikut kelas satu, dua, tiga atau kanak-kanak.
    • Membekalkan diet kelas tiga kepada ibu yang menemani anak di wad kanak-kanak, iaitu MAC (mother accompanying child).
    • Membekalkan susu formula bayi kepada bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai positif HIV bagi tempoh lahir sehingga 6 bulan untuk yang kurang mampu.
    • Membekalkan diet kelas satu kepada doktor yang bertugas atas panggilan di hospital.
    • Membekalkan catuan makan malam kepada anggota yang bertugas malam bagi yang layak mengikut kadar yang telah ditetapkan.
    • Membekalkan makanan kelas satu kepada semua paramedik yang bertugas di dewan bedah yang melewati waktu rehat atau waktu makan.
    • Memberi latihan praktikal katering kepada pelatih katering dan pelatih dietetik dari institusi pendidikan tinggi mengikut keperluan dan kelulusan.
    • Terlibat dalam kajian serta penyelidikan demi perkembangan teknologi katering dan peningkatan mutu perkhidmatan makanan.
  • Perkhidmatan Dietetik
    • Memberi khidmat medical nutrition therapy dengan menggunakan nutrition care process yang merangkumi nutrition assessment, nutrition diagnosis, nutrition intervention dan nutrition monitoring dan evaluation termasuk dokumentasi kepada pesakit dalam dan luar yang dirujuk oleh doktor kepada Pegawai Dietetik
    • Memberikan ceramah, latihan, pendidikan berterusan dan khidmat pakar rujuk mengikut keperluan.
    • Memberi latihan internship dietetik kepada pelatih-pelatih dietetik dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan.
    • Terlibat dalam kajian serta penyelidikan sejajar dengan keperluan klinikal atau perkhidmatan.