Farmasi & Bekalan

Unit Farmasi dan Bekalan, Hospital Langkawi terdiri daripada dua komponen utama; iaitu komponen penjagaan farmaseutikal dan komponen perolehan dan bekalan ubat-ubatan serta alat-alatan perubatan. Komponen pertama dilaksanakan melalui perkhidmatan farmasi yang diberikan melalui Farmasi Pesakit Luar / Klinik Pakar dan Farmasi Pesakit Dalam / Bekalan Wad; dan komponen kedua melalui perkhidmatan yang diberikan melalui Farmasi Perolehan dan Bekalan (Stor Perubatan).

OBJEKTIF

  • Memastikan pesakit mendapat ubat-ubatan yang dipreskribkan untuknya adalah selamat, berkesan dan berkualiti; serta mendapat maklumat mencukupi tentang ubat-ubatan tersebut.
  • Memastikan bekalan ubat-ubatan dan bukan ubat (alat-alat perubatan, surgikal, pakaibuang dan gas-gas perubatan) dibekalkan di dalam keadaan baik, berkualiti dan di dalam kuantiti yang munasabah.

TUGAS UTAMA

  • Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar / Klinik Pakar
    • Membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit-pesakit luar (Klinik Pakar, Unit Kecemasan, Discaj wad dan rujukan SPUB dari hospital/klinik kesihatan lain).
    • Memberi perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit luar.
  • Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam / Bekalan Wad
    • Membekal ubat-ubatan kepada pesakit–pesakit dalam di wad-wad melalui sistem pembekalan Unit of Use.
    • Membekal ubat-ubatan kepada wad-wad melalui sistem pembekalan Unit of Use dan Imprest Floor Stock.
    • Membekal ubat-ubatan kepada pesakit–pesakit dalam di wad-wad secara bed-side.
    • Membekalkan ubat-ubatan kepada unit-unit selain daripada wad melalui sistem Imprest Floor Stock.
    • Memberi perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit dalam wad.
    • Menjalankan rondaan wad bersama Pakar / Pegawai Perubatan.
    • Melakukan pemeriksaan ubat di wad-wad.
  • Perkhidmatan Farmasi Perolehan Dan Bekalan
    • Membuat perolehan ubat-ubatan dan bukan ubat daripada syarikat-syarikat pembekal.
    • Membuat pembekalan ubat-ubatan dan bukan ubat kepada unit-unit pemesan di Hospital Langkawi.