Fisioterapi

Unit ini terletak berdekatan dengan lobi Hospital Langkawi dan bersebelahan Unit Hasil. Unit ini dikendalikan oleh dua orang Jurupulih Anggota (JPA) iaitu seorang JPA U32 (disandarkan dari Hospital Jitra) dan seorang JPA U29 serta seorang Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U12 yang mempunyai asas fisioterapi Tahap 3.

OBJEKTIF

Menyediakan rehabilitasi penyayang di mana pesakit akan diterapkan dengan rasa minat dan yakin akan program rehabilitasi mereka. Seterusnya, ianya dapat menghasilkan suatu persekitaran yang sihat dan harmoni di Unit Fisioterapi. Selain itu, rawatan diberi dengan menggunakan teknik rawatan fisioterapi yang profesional dengan tujuan untuk menyedarkan orang ramai bahawa bukan semua rawatan memerlukan ubat-ubatan.

TUGAS UTAMA

Perkhidmatan diberi kepada pesakit dalam dan luar yang mengalami masalah neurologi, kardiorespiratori, musculoskeletal, pediatrik, ginekologi serta sport injury. Antara rawatan yang diberi ialah :-

  1. Terapi paru-paru
    • Senaman pernafasan
    • Postural Drainage
    • Suction
    • Vibration , Percussion , Shaking
    • Thoracic Expansion Exercise.
    • ACBT
  2. Terapi Manual
    • Mobilisasi
    • Soft Tissue Manipulation
    • Traction
    • Joint Mobilisation
    • Myofascial Release
    • Effleurage
  3. Terapi senaman
    • Mobilisation
    • Strenghtening
    • Proprioception
    • Stretching
    • Agility
  4. Terapi elektrikal / haba
    • Infrared Ray
    • Tens
    • Ultrasound
    • Inteferential Therapy
    • Hot Pack
  5. Pendidikan pesakit
  6. Home Exercise Program