Kawalan Infeksi

Unit Kawalan Infeksi terletak di Jabatan Patologi Hospital Langkawi. Unit ini dikendalikan oleh seorang Ketua Jururawat U32 dan seorang Jururawat Terlatih U29. Unit ini juga dibantu oleh Link Nurses di setiap wad di Hospital Langkawi.

FUNGSI

  • Mengawal dan mencegah jangkitan
  • Mengurangkan pertumbuhan mikroorganisma yang rintang terhadap antibiotic
  • Mengelakkan pesakit tinggal lama di hospital
  • Memastikan persekitaran yang bersih, selamat dan sihat

TUGAS UTAMA

  • Membuat rondaan harian ke wad-wad dan unit-unit untuk memastikan langkah-langkah yang diambil untuk mengawal dan mengurangkan bilangan mikroorganisma pathogen ada dilaksanakan seperti mengamalkan teknik asepsis serta mematuhi standard precaution.
  • Memberi ceramah-ceramah yang berkaitan dengan kawalan infeksi serta memberi tunjuk ajar teknik mencuci tangan secara berkesan kepada semua kakitangan hospital.
  • Mengumpul data nosocomial infection, clean wound infection, MRSA, dan ESBL serta melakukan siasatan ke atas semua kes tersebut.
  • Melakukan Point Prevalence Survey dan Audit Hand Hygeine dua kali setahun.
  • Menyediakan data Antibiotic Resistent Pattern untuk dianalisa oleh Pegawai Farmasi.