Kualiti & Inovasi

Unit Kualiti Hospital Langkawi telah diwujudkan pada tahun 2002, yang didedikasikan untuk tugas pemantauan pencapaian kualiti.

FUNGSI

Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berasaskan kualiti dengan menyelaraskan semua program, mengumpul dan mengemaskini semua maklumat program kualiti dan latihan.

TUGAS UTAMA

  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berasaskan kualiti dengan menyelaraskan semua program, mengumpul dan mengemaskini semua maklumat program kualiti dan latihan.
  • Memantau semua program aktiviti peningkatan kualiti serta sebagai sumber rujukan mengenai aktiviti peningkatan kualiti hospital dan juga menyelaras kursus serta latihan.

Unit Pengurusan ini menyelaras CNE, CME, kursus dan latihan, maklumat aktiviti kualiti seperti NIA, KPI, Incident Reporting, Kajian Kepuasan Pelanggan, Projek HSA, Akreditasi dan MS ISO 9001:2008. Unit ini juga menyelaras dan menerima tempahan bilik Dewan Mahsuri. Selain itu, Unit ini juga menjalankan Audit klinikal, menjalankan latihan dan Echo Training, CPD dan sebagai sumber rujukan.