Pemulihan Carakerja

Perkhidmatan Pemulihan Carakerja menyediakan program pemulihan untuk pesakit yang mengalami masalah ketidakfungsian fizikal, psikologikal dan sosial melalui aktiviti-aktiviti khusus supaya mereka dapat berfungsi secara berdikari dalam kehidupan harian. Unit ini telah dikendalikan oleh 3 orang Jurupulih Perubatan Carakerja dan dibantu oleh Pembantu Perawatan Kesihatan U12.

FUNGSI

Terapi Carakerja menggunakan aktiviti terapeutik dan rawatan untuk mencapai kefungsian secara optimum untuk mempromosikan kesihatan, pencegahan kecederaan atau ketidakupayaan di mana ia dapat meningkatkan, mengekalkan dan mengembalikan tahap keberdikarian yang optimum.

TUGAS UTAMA

Program pemulihan dengan keutamaan rawatan kepada pesakit luar dan dalam.

  • Perkhidmatan rawatan Program Pemulihan Carakerja untuk pesakit Ortopedik
  • Perkhidmatan rawatan Program Pemulihan Carakerja untuk pesakit Pediatrik
  • Perkhidmatan rawatan Program Pemulihan Carakerja untuk pesakit Medikal
  • Perkhidmatan rawatan Program Pemulihan Carakerja untuk pesakit Neurologi
  • Perkhidmatan rawatan Program Pemulihan Carakerja untuk pesakit Surgikal / Burn
  • Perkhidmatan rawatan Program Pemulihan Carakerja untuk pesakit Psikiatrik