Perpustakaan

Perkhidmatan perpustakaan perubatan merupakan satu wadah bagi menyalurkan maklumat yang berguna khususnya dalam bidang perubatan selain dari penyediaan bahan-bahan lain untuk wargakerja hospital.

Unit Perpustakaan Hospital Langkawi adalah Perpustakaan Khusus di bawah Jabatan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang dikendalikan oleh seorang Pembantu Perpustakaan Gred S17. Keahlian adalah terbuka kepada semua wargakerja Hospital Langkawi secara percuma.

Unit Perpustakaan ini juga sangat komited dalam menyediakan perkhidmatan rujukan dan pengaksessan internet. Kemudahan untuk wargakerja hospital menggunakan mesin pencetak, mesin fotokopi dan lain-lain kemudahan juga turut disediakan. Di samping itu, Unit Perpustakaan juga bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran yang selesa bagi menggalak dan menerapkan budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat supaya menjadi Pusat Kecemerlangan Ilmu khususnya dalam bidang perubatan.

FUNGSI

Memberi perkhidmatan pinjaman dan pemulangan buku, pembelian buku, penyusunan buku berdasarkan disiplin, rujukan maklumat, penggunaan komputer dan percetakan, kemudahan melayari internet, suratkhabar dan kemudahan fotokopi.

TUGAS UTAMA

  • Mengurus dan menyelia bilik perpustakaan.
  • Membuat pesanan dan mendapatkan bahan perpustakaan berasaskan pemilihan pengawai perubatan.
  • Menyediakan perkhidmatan untuk pembaca dan menjawab pertanyaan rujukan yang diterima.
  • Membantu dalam mendokumen dan pengkelasan buku-buku jabatan dan bahan bacaan rujukan yang diperolehi.
  • Menguruskan pinjaman bahan bacaan kepada kakitangan hospital.
  • Mengawasi dan memungut kembali bahan bacaan yang dipinjam oleh peminjam dan menyediakan jadual tersebut.
  • Melaksanakan program galak guna bahan perpustakaan dan promosi perpustakaan.
  • Mengumpul statistik
  • Menyelenggara inventori perpustakaan termasuk peralatan dan perkakasan.
  • Mengurus penyelenggaraan koleksi.
  • Menjalankan lain-lain tugas yang berkaitan dengan hospital seperti memasukkan data Kajian Kepuasan Pelanggan ke dalam Sistem SPSS, mengedit laporan-laporan semua unit di hospital ini untuk dijadikan laporan tahunan dan lain-lain lagi.